11 Disember 2015
PERHATIAN!!! Tarikh Pengagihan Bayaran Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diumumkan. Anda boleh lihat DISINI
KUALA LUMPUR – Pengagihan Bayaran Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pemohon yang layak akan dibuat secara berperingkat mulai Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan demikian menerusi akaun laman sosial Facebook beliau lewat malam tadi. “Insya-Allah, bagi mereka yang layak dan telah memohon atau mengemaskini maklumat permohonan, bayaran BR1M 2016 akan diberikan secara berperingkat mulai Januari tahun depan,” katanya ringkas.
Kenyataan itu menjelaskan, bagi pendapatan individu yang kurang daripada RM2,000 akan menerima BR1M sebanyak RM400 pada 28 Januari 2016. Mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dengan kelayakan BR1M berjumlah RM1,000 pula akan menerimanya secara berperingkat sehingga September tahun depan.
Bayaran pertama yang diterima adalah sebanyak RM250 pada 28 Januari diikuti bayaran seterusnya iaitu pada 28 April, 23 Jun dan 28 September 2016. Begitu juga bagi isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000. Bagaimanapun jumlah bagi setiap bayaran adalah RM200 berdasarkan nilai yang layak mereka terima iaitu RM800.
Sementara itu, bagi penerima e-Kasih iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,000 sebulan, mereka akan menerima sebanyak RM250 pada 28 Januari dan 28 April manakala pada 23 Jun, jumlahnya adalah RM300 dan RM250 pada 28 September 2016.
Ini berdasarkan nilai BR1M yang layak diterima iaitu sebanyak RM1,050 bagi setiap penerima.-BeruangKiut-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan