5 Disember 2015

MH370: Adakah ia disabotaj, dirampas?? apa pula kata pasukan penyiasat Australia?? memang tidak disangka apa yang dikatakan mereka


Pasukan penyiasat Australia percaya kedua-dua enjin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terhempas di Lautan Hindi pada tahun lalu, ‘mati’ sebelum terjunam ke dalam laut, sekali gus menafikan teori pesawat itu di-sabotaj atau dirampas.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporan terbaharunya berkata, bukti tersebut diperoleh berdasarkan data meteorologi dan satelit selain transmisi terakhir komunikasi satelit yang me-nunjukkan bahawa kedua-dua enjin pesawat terbabit berhenti berfungsi.

Jelas ATSB, keputusan analisis juga menunjukkan tempoh penerbangan selama tujuh jam dan 38 minit yang dilalui oleh pesawat MH370 mungkin menjadi faktor pesawat itu kehabisan minyak. “Kami percaya enjin kanan pesawat terbabit berhenti terlebih dahulu sebelum disusuli enjin di sebelah kiri. “Enjin di sebelah kiri sayap mampu beroperasi sehingga 15 minit selepas enjin kanan berhenti,” tambah laporan tersebut seperti dilaporkan Air Transport World.

Selain itu, ATSB berkata, bukti yang menunjukkan kedua-dua enjin pesawat Boeing 777-200 itu tidak selari dengan senario (krew atau penumpang) sengaja mengawal pesawat terbabit sebelum membiarkannya terhempas dengan sengaja. “Senario terbabit memerlukan tujahan enjin untuk mengawal dengan baik arah dan kelajuan menegak untuk mendarat serta memberikan kuasa hidraulik bagi kawalan penerbangan termasuk bahagian sayap pesawat,” jelas ATSB.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Pesawat itu disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi dan pasukan penyiasat memperoleh petunjuk baharu apabila serpihan pesawat terbabit ditemukan di Pulau Reunion yang terletak di kawasan lautan sama pada Julai lalu. -BeruangKiut-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan