Lebih menyayat hati, Bibi yang meninggal dunia pada Selasa lalu tidak diketahui anaknya, Imran Jhinkur, 53; dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa ibunya sedang sakit pada Khamis lalu. Penduduk kampung yang kemudiannya melawat ke rumah arwah mendapati wanita itu telah meninggal dunia. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indera Kayangan, Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52; berkata nota terbabit ditemui di dalam beg tangan milik arwah semasa petugas Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mencari dokumen pengenalan diri mengenai si mati.
“Memang (wasiat) itu ialah tulisan tangan arwah makcik Bibi… awal tahun ini, arwah ada memanggil saya untuk bincang mengenai masa depan anaknya, sekali gus bercakap soal pengurusan jenazahnya sekiranya dia tiada kelak. “Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu… namun begitu saya sendiri tidak tahu kewujudan nota terbabit,” katanya. Arwah yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Khamis lalu.-BeruangDiRimba-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan