20 Disember 2015

Cara Tradisional Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Untuk Mengurangkan Suhu Badan yang Tinggi Andainya Anda Demam. Anda Pasti Tak Percaya Ramuan2nya.Rupa2nya senang je...


Post kali ini saya ingin berkongsi sikit cara untuk menyembuhkan dan mengurangkan demam. Maklumlah sekarang ni musim demam. Tambahan pula cuasa kadang2 panas, kadang2 sejuk. So, orang tua2 kata, "sediakan payung sebelum hujan". Kadang2 ramai yang cakap pepatah dulu2 xleh pakai. Tapi ianya ada betulnya. Kalau kita x dengar cakap orang tua,kita nak dengar cakap siapa lagi kan??hehe..Diorang lebih makan garam dulu dari kita.(^_^)

Oklah, xmau ngomel2 panjang lagi, ini cara semulajadi untuk anda mengubati demam andai kata anda mengidap nya. Anda semua boleh cuba.

1. Basil dan Neem.

Ramuan basil dan neem membantu untuk mengurangkan suhu badan dan menyembuhkan demam ringan. Cara menyediakannya sangat senang. Anda hanya perlu merebus 5-6 helai daun basil bersama 3-4 helai daun neem. Biarkan ia mendidih selama 10 hingga 15 minit. Toskan dan minum. Anda perlu minum campuran ini sebanyak 2 atau 3 kali dalam sehari.


2. Bawang Putih dan Minyak Zaitun.

Minyak bawang putih mengandungi ciri-ciri penyembuhan ajaib untuk badan. Campurannya bersama minyak zaitun dapat membantu untuk menurunkan suhu yang tinggi dalam badan. Ubat semulajadi ini berkesan untuk merawat selesema(Flu) dan juga demam. Caranya juga senang. Anda perlu campurkan 1 sudu minyak bawang putih dengan 1 sudu minyak zaitun. Kemudian sapukan campuran tersebut pada tapak kaki anda. Urut dengan betul dan tutupkan dengan kain suam.


3. Epal dan Jus Kismis

Rawatan ini membantu untuk menurunkan suhu badan dan dengan itu,demam anda akan sembuh. Ia juga senang untuk disediakan. Anda hanya perlu masakkan beberapa biji kismis di dalam air selama lebih kurang 20 minit. Kemudian, anda perlu tapiskan air berkenaan dan tambahkan 2 sudu jus epal. Anda perlu minum airnya 3 kali sehari. InsyaAllah ia akan sembuh.

Ketiga-tiga Ramuan Semulajadi ini sangat2 membantu dan saya sendiri telah mencubanya. Bukan nak kata ubat2 klinik x elok. Kita cuma ikhtiar cara tradisional dan ia juga selamat. Semoga Anda berjaya dan diharap ianya dapat dikongsi kepada yang memerlukan.
-BeruangDiRimba-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan