26 Disember 2015

GEMPAR!!! Seorang Lelaki Cuba Merentas Masa. Sesuatu Telah Berlaku. Korang Pasti Tidak Percaya.


Seorang lelaki telah merempuh kenderaan yang dipandunya ke sebuah bangunan semata-mata kerana mahu mencuba aksi filem Back to the Future yang menggunakan mesin masa hingga mengakibatkan kerosakan teruk kepada bangunan itu.


Kejadian di Florida itu mengakibatkan agensi cukai dan syarikat keranda yang mendiami bangunan itu terpaksa mencari pejabat baru sebagai ganti. “Ia umpama letupan bom,’’ kata pengurus besar syarikat keranda itu, Emanuel Mores.




“Saya marah pada mulanya, namun kemudian saya gembira kerana tidak ada yang cedera. Itu yang menjadi kebimbangan saya,’’ kata More. Menurut polis, pemandu kereta itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan akan didakwa.-BeruangDiRimba-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan