Menurut rakan tadi, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, pemandu terbabit terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Kemudian, baharulah dia berjaya keluar dari terowong tersebut. Itulah antara cerita yang pernah didengar, selain kisah volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir dan bermacam-macam lagi peristiwa pelik yang didakwa pernah berlaku di dalam terowong dan sekitarnya. Apabila berpeluang membuat tinjauan di Terowong Genting Sempah, penulis mengambil kesempatan untuk bertanya dengan pihak bertugas di terowong itu, Saiful Bahari Ibrahim yang merupakan Ketua Trafik Lebuh Raya KLK.
Beliau sendiri mengakui banyak mendengar cerita-cerita seram daripada rakan-rakannya termasuk mereka yang pernah memandu di terowong tersebut. “Sebelum ada internet lagi, cerita-cerita seram fasal terowong ini sudah terkenal. Bermacam-macam, tetapi peliknya orang yang ceritakan pada saya, tak pernah mengalaminya. Semuanya bercerita bagi pihak orang lain. “Selalu jugalah dengar orang bercerita, kata ada volkswagen kuning, penumpang yang tak diundang, langsuir dan baru-baru ini, laman sosial Facebook kecoh mengenai lembaga putih melintas dekat pintu masuk terowong berkenaan.
“Peliknya, lembaga tersebut melintas waktu tengah hari pula. Sepanjang bekerja di sini, saya belum pernah mengalami peristiwa sedemikian. Bukanlah meminta..., cuma usahlah menakut-nakutkan orang,”katanya yang sudah lebih 20 tahun berkhidmat di Lebuh Raya KLK.-BeruangKiut-
Sumber dari Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan