Menurut pelakon dan pengacara popular itu, berkahwin adalah sesuatu yang besar dalam hidupnya dan tidak akan terburu-buru membuat keputusan mengenai hal tersebut. “Tiada sebab untuk saya menyembunyikan perkara sebesar ini kalau betul ia berlaku dalam hidup saya. Sudah tentulah saat kegembiraan itu akan dikongsi bersama semua peminat dan mereka yang menyayangi saya selama ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, gosip liar mengenai perkahwinannya itu muncul selepas Neelofa terlibat dalam satu penggambaran drama berjudul Wan Embong yang disiarkan 21 November lalu di TV3. Drama itu berkisarkan tentang wanita bernama Wan Embong yang dilakonkan Neelofa, dipaksa berkahwin dan menjadi isteri ketiga. Pada masa yang sama, pemilik perniagaan jenama Naelofar Hijab itu berharap agar peminat-peminat mendoakan kebahagiaan buatnya dan semoga dipertemukan jodoh.-BeruangKiut-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan