SETIAP hari Steve Wood terpaksa akur apabila isterinya, Debbi meminta telefon bimbit, akaun e-mel dan penyata bank untuk diperiksa. Lebih memeningkan kepala, lelaki berusia 32 tahun tersebut harus menjalani ujian pengesan penipuan setiap kali pulang ke rumah bagi membuktikan dia masih setia terhadap pasangannya itu. “Saya juga dilarang melihat gambar-gambar wanita di majalah dan di kaca televisyen," ujarnya.
Bagaimanapun kata Steve, dia tidak kisah dengan kehidupannya kerana menganggap dia bertuah dapat mengahwini seorang wanita yang hebat. “Walaupun Debbi kuat cemburu, saya menyayanginya. Dia wanita istimewa di hati saya dan kami teman sehati sejiwa," katanya seperti dipetik portal Mail Online. Debbi sebenarnya menghidap sindrom ganjil yang menyebabkan dia mengalami gangguan kecemburuan delusi sekali gus menjadikannya wanita paling cemburu di Britain. Penyakit yang dikenali sebagai sindrom Othello itu mengakibatkan pesakitnya merasai perasaan cemburu yang melampau.
Trauma emosi
Menurut wanita berusia 44 tahun itu, disebabkan penyakit tersebut, dia sering merasakan Steve berlaku curang meskipun tiada sebarang bukti yang mengaitkannya dengan wanita lain. “Walaupun Steve keluar selama 15 minit ke kedai hanya untuk membeli susu, saya akan memaksa dia mengambil ujian pengesan pembohongan setibanya di rumah. “Saya berasa sangsi dan khuatir dia akan bermain mata dengan perempuan lain apabila saya tidak bersamanya," kata Debbi.
Debbi yang pernah menetap di Amerika Syarikat selama 10 tahun memberitahu, dia pulang ke Britain kira-kira tiga tahun lepas selepas gagal dalam percintaan. “Saya benar-benar patah hati dan berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menjalinkan hubungan cinta lagi. “Bagi saya, dalam perhubungan, pasangan perlu setia antara satu sama lain. Jika anda gembira dengan kekasih anda, mengapa perlu mencuranginya," kata Debbi.
Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun menemui cinta baharu, Steve dan mengahwini lelaki itu pada November tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan menerusi laman sosial Facebook. Mereka berkawan selama hampir empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama. Rata-rata pakar psikiatri percaya, kekecewaan dalam percintaan sebelum ini meninggalkan trauma emosi terhadap Debbi sehingga menyebabkan dia menderita sindrom berkenaan.
Selain itu, dia juga didapati menghidap kecelaruan bipolar dan gangguan dismorfik tubuh yang mengakibatkan kecemburuannya bertambah teruk. “Sejak didapati menghidap penyakit ini kira-kira dua tahun lalu, ia memberi kesan terhadap kehidupan saya. Saya mengalami kemurungan dan pernah tidak keluar selama enam bulan," ujarnya. Terma sindrom Othello diperkenalkan oleh seorang ahli psikiatri, John Todd. Dia mendapat istilah itu daripada salah satu karya agung William Shakespeare, The Tragedy of Othello, The Moor of Venice. Dalam karya itu, watak Othello dalam novel tersebut bertindak membunuh isterinya, Desdemona selepas mengesyaki wanita berkenaan curang.

Kejam terhadap pasangan
Kajian mendapati, sekitar 15 peratus pesakit gangguan psikiatri itu berlaku kejam terhadap pasangan untuk meminta mereka membuktikan kesetiaan masing-masing.
Ini termasuklah Robert Mercati, 63, yang didapati membunuh isterinya, Margaret, 63, pada awal 2013 selepas percaya wanita itu tidak setia kepadanya. Robert kemudiannya bertindak membunuh diri.
Sementara itu, pakar neuropsikiatri dari University of Pisa, Itali, Dr. Donatella Marazzi berkata, sindrom Othello yang juga dikenali sebagai kecemburuan morbid itu didapati lebih banyak dihidapi golongan lelaki dengan 62 peratus lebih tinggi berbanding wanita.
Katanya, gangguan itu menyebabkan pesakit berasa cemburu melampau, bersikap terlalu mengawal, rasa tidak selamat dan kadang kala tidak sedar mereka menyakiti pasangan.
“Dalam kalangan lelaki, kecemburuan lebih tertumpu kepada kecurangan daripada segi seksual, manakala pesakit wanita merasakan diri mereka dikhianati dari sudut emosi," jelasnya sambil memberitahu purata umur pesakit adalah sekitar 68 tahun ke bawah.
Antara simptom pesakit sindrom Othello termasuklah sering menuduh pasangan berlaku curang, sentiasa mencari bahan untuk membuktikan pasangan tidak setia dan selalu menyoal siasat serta menghendap tingkah laku pasangan.
“Pesakit akan diberi ubat antikemurungan dan antipsikotik untuk melawan keresahan yang dirasai. Di samping itu, mereka juga perlu menjalani terapi secara berkala," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan