5 Disember 2015

Memalukan!!! Sebagai Cikgu memandu, dia patut tunjuk teladan yang baik, bukan memalukan geng2 cikgu memandu



HULU TERENGGANU 5 Dis. - Seorang pengajar institut memandu turut ditahan bersama 70 pengguna jalan raya kerana memandu melebihi had laju di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), di sini semalam.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintenden Kamaludin Mohamad berkata, lelaki berusia 40 tahun itu didapati memandu dengan kelajuan 132 kilometer sejam.

Beliau berkata, kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah memandu melebihi had laju.
"Purata dua hingga tiga kes direkod sehari melibatkan kemalangan seperti terbabas, langgar belakang, langgar haiwan ternakan dan lopak air," katanya.

-Sumber dari Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan