6 Disember 2015

Perdana Menteri Singapura ucap Takziah kepada Sultan Johor dan Permaisuri Johor


JOHOR BAHRU 6 Dis. - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan takziah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil malam tadi.

Menerusi laman Facebook rasminya, Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching berasa sedih mendapat berita kemangkatan Tunku Abdul Jalil yang menghidap kanser hati tahap empat sejak tahun lalu. Katanya, Tunku Abdul Jalil begitu disayangi atas rasa belas kasihannya, kerja-kerja amal yang dilakukan serta rasa cintanya kepada alam sekitar dan haiwan.

"Saya masih ingat Tunku Jalil memberitahu kita tentang kerja-kerja sukarela beliau di Zoo Singapura dan bagaimana dia menikmati masa yang diluangkan di Taman Botani Singapura. "Malangnya, saya tidak dapat hadir (istiadat pemakaman) kerana perlu menghadiri Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP). Ucapan takziah kepada keluarga Tunku Jalil dan kami berkongsi kesedihan ini bersama rakyat Johor," katanya.
-Sumber dari Utusan-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan