Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, perkataan "vaganza" yang diguna pakai pihaknya merujuk kepada perkataan asal ekstravaganza yang membawa maksud pertunjukan besar-besaran. “Bersesuaian dengan matlamat Astro yang mahukan program ini menjadi sesuatu yang besar atau mampu mencipta fenomena, maka kami ubah suai secara kreatif kepada Gegar Vaganza supaya mendatangkan impak yang lebih besar serta dekat dengan penonton. “Lagi satu, "vaganza" yang merujuk kepada vagina diperoleh daripada kamus urban, bukannya kamus Oxford. Kamus urban seperti ini dibuka kepada orang awam untuk menamakan sebarang perkataan yang menjadi gaya percakapan semasa atau bahasa pasar, tidak mengikut piawaian sebenar bahasa Inggeris,” katanya memberi penjelasan.
Sementara itu, Gegar Vaganza merupakan sebuah program televisyen terbitan Astro Ria yang menjadi platform buat penyanyi-penyanyi senior yang telah lama menyepi mengetengahkan semula bakat mereka kepada umum. Sebanyak dua musim telah diterbitkan yang menobatkan Ayai Ilusi selaku juara pertama dan baru-baru ini, Siti Nordiana sebagai pemenang musim kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan