28 Disember 2015

Kepada Pemegang Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), Ini Dividen Yang Akan Anda Nikmati untuk Tahun 2015...



KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, berbanding 6.45 sen seunit yang diagihkan pada 2014. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sejumlah RM106.72 juta dan memberi manfaat kepada 1.25 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN. 

"Sehingga 23 Disember, ASN mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM126.27 juta," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan dividen itu di sini hari ini Daripada jumlah berkenaan, keuntungan daripada jualan saham menyumbang 63.3 peratus, diikuti dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat (28 peratus) dan instrumen lain (8.7 peratus). Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Ekseutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata dividen yang lebih rendah itu disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang mencabar, seperti harga komoditi yang rendah dan prestasi pasaran saham yang kurang memberangsangkan. "Indek FTSE Bursa Malaysia KLCI telah mencatat penurunan sebanyak 5.5 peratus kepada 1,663.51 mata pada 23 Disember, 2015 daripada 1,761.25 mata pada 31 Disember, 2014," katanya. 

Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam unit tambahan ASN dan akan secara automatik dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai bersih setakat 31 Disember 2015. Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Januari 2016 di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara. Semua urus niaga ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat atau ejennya digantung pada 24 Disember tahun ini sehingga 3 Januari ini bagi memudahkan pengiraan agihan pendapatan dan urus niaga boleh dijalankan semula pada 4 Januari 2016.-BeruangDiRimba-

Sumber dari Bernama

Tahniah!!! Ayah Rani Kulup Kipidap Dapat Anugerah Datuk!!! Ianya sangat2 Berharga apabila Dikurniakan Oleh Seorang Sultan yang Sangat Berjiwa Rakyat...


INDIVIDU yang dikenali dengan gelaran ‘Raja Report Malaysia’ Abdul Rani Kulup Abdullah sememangnya sudah tidak asing lagi buat kita. Mengenakan cara pemakaian lain daripada orang lain, Rani Kulup yang terkenal dengan tagline ‘kipidap dongibab’ kini sering muncul di kaca TV setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa.

Dikatakan, Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan keceluparan mulutnya sendiri pun pernah angkat kaki apabila dia diberi amaran oleh Rani Kulup. Ya, dalam banyak-banyak akhirnya Diva AA agak gentar juga dengan Ayahanda Rani Kulup, memang kipidap betul!

Baru-baru ini, di halaman rasmi Facebooknya, Rani Kulup dikatakan telah berkongsi gambar dia dikurniakan darjat Paduka Baginda oleh ‘Sultan Melaka’ sewaktu menghadiri majlis keputeraan yang dirahsiakan tempatnya. Di majlis tersebut, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) kepada Rani Kulup yang membawa gelaran ‘Paduka Baginda’ di awalan namanya.



Menurut setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.


Seperti yang diketahui, Abdul Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hingga kini memegang rekod membuat laporan polis terbanyak dalam sehari iaitu 13 kali. Mungkin disebabkan kerajinannya membantu usaha membenteras jenayah walaupun dengan hanya membuat aduan, menyebabkan Abdul Rani Kulup dianugerahkan darjah Paduka Baginda tersebut, agaknya. Berita ini sudah semestinya membuatkan kerabat-kerabat institusi DiRaja ‘geleng kepala’ melihatkan situasi yang semakin pelik, khususnya bagaimana seseorang yang belum disahkan sebagai pewaris diberikan kuasa memberi pangkat kepada masyarakat, apatah lagi darjah kebesaran kurniaan dari ‘kerajaan’ yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.

27 Disember 2015

Anda Masih Ingat Lagi Aktor dan Pelawak popular sekitar tahun 1997 Gurmit Singh aka "Phua Chu Kang"?? Ramai yang Tidak Tahu Perkembangan beliau sekarang. Ikuti Perkembangan beliau yang kini sudah berusia 50 tahun


KOTA KINABALU - Aktor dan pelawak Gurmit Singh yang tersohor dengan wataknya sebagai kontraktor lucu Phua Chu Kang dalam sitcom TV Inggeris Singapura Phua Chua Kang Pte Ltd kini lebih mengutamakan keluarganya. Beliau menamatkan karier televisyen sepenuh masa pada bulan Disember 2014 selepas 20 tahun bersama syarikat penyiar terbesar Singapura, MediaCorp. Aktor serba boleh ini menyifatkan tahun 2015 tahun amat bermakna selepas dapat mengimbangkan kerja dan hidupnya di samping meluangkan lebih banyak masa bersama isteri serta tiga orang anaknya.

Berusia 50 tahun, aktor Singapura yang berdarah kacukan Punjabi, Cina dan Jepun ini yang juga seorang penyanyi profesional berkata beliau kini lebih bebas untuk memilih tawaran lakonan atau watak serta persembahan mengikut kegemarannya. "Berlakon untuk TV atau filem boleh mengambil banyak masa. Sebelum ini saya berlakon sebagai Phua Chu Kang, dalam drama, program bicara saya sendiri dan banyak lagi program sehinggakan ada kalanya saya membuat dua sesi persembahan sehari. "Hampir tak ada masa untuk rehat antara persembahan dan saya melakukannya selama 20 tahun. "Sewaktu cuti sekolah pada bulan Jun dan Disember baru-baru ini, saya membuat keputusan tak mahu bekerja langsung. Saya mahu menghabiskan masa dengan anak-anak saya. Saya boleh buat duit lagi apabila anak-anak saya kembali ke sekolah," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Aktor ini datang ke Sabah untuk bercuti dengan keluarganya tiga tahun lalu dan kembali ke negeri ini minggu lepas untuk muncul sebagai tetamu khas program Krismas gereja Skyline Sidang Injil Borneo (SIB) dari 19 hingga 20 Dis di sebuah hotel di sini. Gurmit baru selesai menyiapkan pengeluaran filem bertajuk 'Young and Fabulous' dan dijangka ditayang di pawagam pada tahun 2016. Beliau juga sedang menyiapkan sebuah buku yang dijangka diterbitkan pada bulan November tahun depan.


Peminat-peminat Phua Chu Kang Pte Ltd tentunya masih ingat watak ini dengan rambut kerinting, tahi lalat besar di mukanya, kuku panjang serta but kuning. Watak ini juga sinonim dengan ucapan "Best in Singapore, JB and some say Batam" dan "Don't play play" yang diungkapkannya sebagai 'pray pray' dalam bahasa Inggeris pasar. Sitcom ini bertahan selama lapan musim di saluran 5 TV MediaCorp dari September 1997 hingga Februari 2007. Ia kemudian menghasilkan sitcom 'spin off', Phua Chu Kang Sdn Bhd yang dikeluarkan sepenuhnya di Malaysia dan disiarkan di ntv7 dari tahun 2009 hingga tahun 2010.



Gurmit akan menjadi pengacara persembahan komedi 'Laugh Die You - The Mob Show' ketiga sebagai Phua Chu Kang di Genting Highlands pada 9 Jan depan. Ini ekoran sambutan hebat yang diterima untuk dua persembahan awalnya yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Mei dan Oktober tahun ini. Turut serta bersama beliau untuk persembahan komedi itu nanti adalah pelawak Malaysia Harith Iskander dan Rizal van Geyzel serta pelawak Singapura, Fakkah Fuzz dan Mark Lee. Gurmit mendirikan rumah tangga dengan isterinya Melissa 21 tahun lalu. Pasangan ini tinggal bersama anak mereka, Gabrielle, 18, anak lelaki Elliot, 15 serta anak perempuan bongsu, Mikaela berusia dua tahun di Singapura.-BeruangDiRimba-

Sumber dari Bernama

26 Disember 2015

PANAS!!! Foto Anak Lelaki Shah Rukh Khan Berparti Cetus Kontroversi. Memang Anda Takkan Percaya





SHAH Rukh Khan (SRK) merupakan antara nama yang paling berpengaruh di dunia sebagai pelakon yang hebat dan versatile. Terkini, namanya sering menjadi sebutan ramai orang di luar sana kerana lakonan mantapnya bersama Kajol menerusi filem Dilwale yang masih lagi disiarkan di kebanyakkan panggung seluruh dunia. Mungkin disebabkan aura populariti yang dimiliki SRK ini, bukan sahaja dirinya selalu mendapat perhatian dan tumpuan dunia, malahan kini anak lelakinya juga turut terkena tempias berkenaan.

Terbaharu, foto anak lelakinya, Aryan Khan, 17, yang sedang berparti dan bergembira di kelab malam menjadi topik hangat media sosial di India. Aryan dilihat menghabiskan masanya bersama teman rapatnya, Ahaan pandey yang merupakan anak saudara kepada aktor Chucky Pandey.


SRK sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berkata, anak-anaknya berasa janggal apabila gambar mereka diambil ketika bersama rakan-rakan mereka.


“Saya rasa perkara tersebut sangat kekok untuk mereka. Foto mereka diambil secara senyap sewaktu lepak bersama kawan-kawan. Mereka merasakan tindakan tersebut cukup aneh,”

Nama Aryan sebelum ini juga pernah mendapat perhatian ramai pihak apabila dia memuat naik sekeping gambar yang menampakkan tubuhnya yang berbadan sasa tanpa pakaian.
-BeruangDiRimba-


Sumber: The Indian Express

GEMPAR!!! Detik2 Cemas yang Dikongsikan salah Satu Penumpang Bas Ekspres yang terlibat Dalam Nahas KM-124 LebuhRaya Jeli-Gerik.Memang Mengerikan..


JELI – Penumpang yang terselamat dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan sebuah treler di Kilometer 124, Lebuh Raya Jeli-Gerik, dekat sini mendakwa pemandu bas berkenaan menekan brek secara mengejut sebanyak tiga kali sebelum nahas berlaku. Menceritakan semula detik cemas itu, Thariq Salehudin Abdullah, 21, berkata, meskipun penat dan mengantuk, dia yang duduk di bahagian belakang bas bersama seorang rakan tidak dapat melelapkan mata sejak menaiki bas berkenaan dari Taiping, Perak. “Ketika melalui satu selekoh, pemandu menekan brek secara mengejut sebanyak tiga kali dan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, bas seperti hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan dan terhuyung-hayang.

“Dalam masa sama, sebuah treler datang dari depan dan pemandu cuba mengelak ke kiri namun tidak sempat. Bahagian kanan bas bergesel juga dengan kepala lori sehingga remuk,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, di sini hari ini. Seorang lagi penumpang, Muhd. Amirul Yob Ali, 21, dia juga duduk di bahagian belakang dan sepanjang perjalanan dia hanya tidur kerana kepenatan. “Kejadian berlaku sangat pantas dan ketika itu, kebanyakan penumpang sedang tidur menyebabkan kami tidak sempat berbuat apa-apa.

“Ketika terjaga dari tidur, saya ternampak rakan yang duduk di sebelah saya sudah terpelanting ke­luar. Pandangan saya turut gelap dan hanya sedar ketika berada di hospital,” katanya yang mengalami lebam dan calar di kepala dan badan. Zati Nalia Na Azrae, 31, pula memberitahu, dia dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bukit Payung, Marang bersama anaknya, Muhamad Shahdinie Danial Shahfarizan, 11 bulan serta ibunya, Zaiton Abdullah, 53. Katanya, pada awal perjalanan, pemandu pertama memandu agak perlahan namun selepas pemandu kedua mengambil alih, bas berke­naan dipandu lebih laju.

“Kami bertiga duduk di bahagian tengah. Ketika bas terhuyung-hayang, saya sempat tunduk dan membongkok ke lantai sambil memeluk anak. Saya tidak fikir apa-apa kecuali mahu menyelamatkan anak semata-mata. “Akibat kejadian ini, tulang rusuk saya sakit manakala anak saya lebam di paha. Ibu saya pula patah tulang paha dan terpaksa dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.-BeruangDiRimba-



Sumber dari Utusan

GEMPAR!!! Seorang Wanita Warga Emas Sempat Menulis Surat Wasiat Sebelum Pemergiannya. Lebih Mengejutkan Isi Wasiat itu. Ianya Sangat2 Tak Diduga dan Menyedihkan.



MERUNTUN jiwa… seorang wanita warga emas sempat meninggalkan surat wasiat memohon pertolongan daripada orang ramai untuk menguruskan jenazahnya apabila dia meninggal dunia. Ini kerana, anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu, tidak mampu berbuat demikian. Surat milik, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71; yang menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar 1, Perlis ini sekali gus menjadi viral menerusi laman-laman sosial.

Lebih menyayat hati, Bibi yang meninggal dunia pada Selasa lalu tidak diketahui anaknya, Imran Jhinkur, 53; dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa ibunya sedang sakit pada Khamis lalu. Penduduk kampung yang kemudiannya melawat ke rumah arwah mendapati wanita itu telah meninggal dunia. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indera Kayangan, Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52; berkata nota terbabit ditemui di dalam beg tangan milik arwah semasa petugas Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mencari dokumen pengenalan diri mengenai si mati.

“Memang (wasiat) itu ialah tulisan tangan arwah makcik Bibi… awal tahun ini, arwah ada memanggil saya untuk bincang mengenai masa depan anaknya, sekali gus bercakap soal pengurusan jenazahnya sekiranya dia tiada kelak. “Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu… namun begitu saya sendiri tidak tahu kewujudan nota terbabit,” katanya. Arwah yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Khamis lalu.-BeruangDiRimba-

Jangan Biarkan Kita DITIPU!!! Mana Keadilan Kita Sebagai Pengguna?? Yang Membantu Golongan Ditindas, Ditahan, Manakala yang Menindas didapati Bersalah, Tetapi adakah Dia Benar2 Ditangkap?? Kepada Para Pengguna, Anda Perlu Baca dan Fahamkan jika Anda adalah Pengguna


AlKisah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini. Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Namun laman blog Parpukari baru-baru ini melaporkan penulisnya cukup sedih apabila melihat salah seorang aktivis kini ditahan pihak polis. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sumber maklumat itu. Dosa Muhammad Yusuf ialah pergi untuk mendapatkan keadilan demi pelanggan yang dikurung selama 4 jam oleh peniaga tidak bertanggungjawab di pusat beli-belah Kota Raya di Kuala Lumpur tempoh hari!

“Macam mana pulak dengan peniaga penipu itu? Apakah tindakan sudah diambil? Kalau sudah diambil apakah peniaga jahat dan penipu itu sudah ditangkap?” soal penulis Parpukari.




Kita tidak tahu apa yang berlaku pada peniaga tersebut, tetapi apa yang pasti aktivis pembela rakyat tertindas oleh peniaga tersebut sudah berjaya ditahan pihak polis ketika hari cuti Maulidur Rasul pada Khamis. Di mana keadilan untuk aktivis ini? Kalau semua aktivis dilayan teruk sebegini, kita takut nanti tiada siapa yang mahu lagi membela nasib rakyat tertindas kelak.

“Yalah asalkan pergi bertanya atau mendapatkan keadilan untuk yang tertindas, yang membela pula kena masuk lokap. Ada ke patut macam ni?” tanya Parpukari lagi. Kadang-kadang ada tertanya-tanya, kenapakah pihak peniaga di Plaza Low Yat dan Kota Raya begitu kebal? Kenapa pihak KPDNKK pula tidak mahu mengambil sebarang tindakan?

Penulis blog ini membuat andaian, apakah telah berlaku semacam satu ‘perjanjian persefahaman’ antara pihak penguat kuasa dan peniaga jahat ini? Mungkin SPRM kena siasat akan perkara ini. Zaman sudah maju, negara kita bakal menuju 2020 tetapi penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang dah buat aduan tetapi masih belum ada tindakan hingga membuatkan rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri. “Apabila sudah kecoh kerana hendak menuntut hak, yang menuntut dan teraniaya itu pula sebaliknya dimasukkan ke dalam penjara,” tambah Parpukari dalam nada nada secara sinis.

Dalam keadaan sekarang ini, ketika kenaikan harga barangan masih berlaku dan apabila kena tipu dengan peniaga tidak bertanggungjawab, memang setiap pengguna pasti sakit hati. Kalaulah KPDNKK masih wujud dan berkerja dengan penuh amanah, tidak akan berlaku perkara sebegini. Kepada Ketua Polis Negara, berilah muka sikit dengan aktivis sebegini. Mereka bukan penjenayah tetapi mereka adalah pejuang untuk rakyat. Mereka membuat kerja bagi pihak penguat kuasa yang sudah lama ‘mati’ konon akibat rasuah. Kasihanilah mereka.

Parpukari mengakhiri tulisannya dengan mengucapkan “SELAMATKAN NEGARA DARIPADA PENIAGA BANGKAI! Yang membela masuk penjara dan yang menipu terus menipu serta menindas rakyat akibat sikap beberapa pegawai penguatkuasa yang ‘menjual’ maruah diri demi kesenangan hidup. “Semoga Allah selamatkan negara kita ini,” kata penulis itu menutup rencananya. -BeruangKiut-

Selepas TIGA Tahun mendirikan Rumah Tangga, Satu Keputusan Mengejutkan yang Telah Ella dan Suaminya buat. Anda Pasti Susah Nak Percaya...


SETELAH tiga tahun mendirikan perkahwinan, ratu rock negara Ella dan suami, Azhar Ghazali merancang untuk mengambil anak angkat kerana setakat ini rezeki masih belum berpihak kepada mereka untuk mempunyai anak. Ella atau nama sebenarnya Norzila Kamarudin, 49, berkata dia dan suaminya sudah lama memikirkan mengenai hal itu selepas teruja melihat ramai rakan selebriti lain melakukan perkara yang sama.

“Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya dan suami terfikir juga untuk ambil anak angkat. Rasa seronok pula lihat rakan-rakan yang jaga anak angkat. Apatah lagi kita buat kebajikan membantu anak-anak yang tiada keluarga.



“Sehingga kini kami masih berusaha untuk dapatkan anak dan jujurnya kami tidak tertekan kerana percaya Allah tentukan rezeki kami. Setiap hari orang bertanya, “bila nak ada anak” dan kami dah lali dengan soalan seperti itu,” kata Ella. Namun tambahnya, hajat itu tidak boleh dilakukan dalam masa terdekat kerana jadualnya yang padat sehingga ke tahun hadapan. Semoga hasrat Ella untuk memiliki anak akan dimakbulkan suatu hari nanti.

GEMPAR!!! Seorang Lelaki Cuba Merentas Masa. Sesuatu Telah Berlaku. Korang Pasti Tidak Percaya.


Seorang lelaki telah merempuh kenderaan yang dipandunya ke sebuah bangunan semata-mata kerana mahu mencuba aksi filem Back to the Future yang menggunakan mesin masa hingga mengakibatkan kerosakan teruk kepada bangunan itu.


Kejadian di Florida itu mengakibatkan agensi cukai dan syarikat keranda yang mendiami bangunan itu terpaksa mencari pejabat baru sebagai ganti. “Ia umpama letupan bom,’’ kata pengurus besar syarikat keranda itu, Emanuel Mores.




“Saya marah pada mulanya, namun kemudian saya gembira kerana tidak ada yang cedera. Itu yang menjadi kebimbangan saya,’’ kata More. Menurut polis, pemandu kereta itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan akan didakwa.-BeruangDiRimba-

25 Disember 2015

DEMAM IP Man 3: Donnie Yen berkongsi detik2 cemas ketika berlakon bersama Mike Tyson di dalam Filem IP Man 3. Anda pasti Terkejut Atas Apa yang Berlaku.


Kuala Lumpur: Bintang filem aksi terkenal Hong Kong, Donnie Yen, 52, telah menceritakan pengalamannya semasa menjayakan filem aksi Ip Man 3 di mana menurut beliau, mukanya hampir-hampir terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem berkenaan. Menurut Donnie, babak dalam filem yang diarahkan oleh perngarah Wilson Yip tersebut menjadi sedikit sukar kerana Tyson sebelum ini tidak pernah berlakon.

"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul. "Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri Wing Chun, Yip Man. Beliau mengakui peluang berlakon bersama peninju lagenda tersebut merupakan satu pengalaman yang amat baik dan mungkin sukar dilupakan kerana dia amat meminati Tyson.

"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya. Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember lalu dan masih sedang rancak ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Admin juga telah menonton filem ini. Bagi admin,cerita ini sangat2 menarik dan padat dengan aksi yang cemas dan mendebarkan ditambah lagi dengan babak2 romantik Ip Man dengan isterinya. Anda pasti tidak akan rugi menonton filem IP Man 3. Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.-BeruangDiRimba-

PELIK TAPI BENAR!! Seorang Wanita Membelasah Suaminya kerana melakukan sesuatu yang telah menimbulkan kemarahannya. Punca Kemarahan Wanita Tersebut akan buat anda lucu atau ternganga. Memang susah nak percaya.


Amerika Syarikat: Seorang wanita ditahan oleh polis apabila dia membuat kesalahan membelasah suaminya kerana suaminya itu sering terkentut ketika tidur. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek, Dawn Meikle, 55, berang dengan suaminya, Donald, yang tiba-tiba kentut. Dawn yang marah terus menyiku dan menendang suaminya itu menyebabkan si suami terus bangun dari katil. Dawn kemudian memberi amaran kepada Donald.

Setelah itu, Donald kembali tidur di tempat tidurnya dan melepaskan beberapa das kentut menyebabkan Dawn naik berang dan terus menyiku serta menendang suaminya itu beberapa kali. Keadaan menjadi lebih tegang apabila Donald melawan dan memegang isterinya supaya wanita itu berhenti memukulnya. Namun, keadaan menjadi parah apabila Dawn menyembur muka suaminya itu dengan penyembur lada dan terus-menerus memukul suaminya.

Kerana tidak tahan dibelasah, Donald menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan. Dawn ditahan oleh polis di kediamannya manakala Donald dibawa ke hospital untuk rawatan. Dawn dibebaskan dengan jaminan polis dan bakal di dakwa atas tuduhan menyerang dan berkelakuan ganas.-BeruangDiRimba-

GEMPAR!!! Adakah ini Helaian Al-Quran yang tertua?? Anda pasti terkejut kerana ia salinan Al-Quran pertama dari Sahabat rapat Nabi Muhammad S.A.W


Helaian Al-Quran yang dikatakan yang tertua ditemui di sebuah universiti di Britain dipercayai merupakan salinan asal kepada kita suci umat Islam. Menurut Ketua Akademik Jamal bin Huwareib, dia percaya bahawa helaian yang ditemui di Universiti Birmingham pada awal tahun ini adalah salinan Al-Quran yang pertama oleh Abu Bakr, yang juga sahabat rapat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Helaian tersebut dipercayai berusia antara 1,448 hingga 1,371 tahun ditemui berada di perpustakaan universiti itu dalam keadaan terikat bersama helaian Al-Quran lain dari abad ke tujuh. Menurut Pengarah Urusan Yayasan Mohammed bin Rashid Al-Makroum, Mr bin Huwarieb yang tiba di Birmingham untuk membuat pengesahan kepada manuskrip itu memberitahu BBC : "Ini merupakan penemuan terpenting bagi selurh masyarakat Islam di dunia. Saya percaya bahawa ini adalah Al-Quran yang ditulis oleh Abu Bakr.


"Versi, koleksi dan manuskrip ini adalah tunjang kepada ajaran Islam, Al-Quran adalah akarnya.

"Ia bakal menjadikan revolusi dalam kajian Islam".

20 Disember 2015

SERAM!!! Bayangkan Sahabat Anda or Ahli Keluarga anda Boleh Nampak Makhluk Halus dan Melakar Wajah Mereka..? Anda Pasti Seram Bila Melihat Lakaran Wajah2 Makhluk Halus yang Dapat Dilihat Oleh Seorang Gadis


Satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupanya?Mungkin bagi yang pernah terlihat sekali dua, sukar untuk menjelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan makhluk itu. Namun bagaimana pula dengan mereka yang seringkali melihat makhluk-makhluk ini?

Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melakar rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya. Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut. Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya. @amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen "Antara hantu mel selalu nampak"





Dia kemudiannya menceritakan mengenai lakaran satu makhluk berkepala botak dengan berkata : "Yang mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia."





Kemudian @amalinaahmd menyambung dengan menceritakan tentang satu makhluk yang menyerupai seorang kanak-kanak lelaki. Menurut @amalinaahmd, kanak-kanak itu selalu mengikutinya ketika dia mengambil peperiksaan akhir. "Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. ". "Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah rindu lah tu", tulisnya.





Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya. "This is cempaka look a like. "

"Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampak lah. Pakaian serba kuning"





Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

"Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where. "Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai "Besok tu demam", tulis @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.




BERITA BAIK!!! Kepada Geng2 VAPE. Anda Mesti Tidak Percaya Apa Yang Dilakukan Kerajaan Negeri Melaka


MELAKA: Kerajaan negeri mengambil pendirian bahawa aktiviti penjualan peralatan vape dan cecairnya tidak menyalahi undang-undang. Malah lesen operasi penjualannya akan dikeluarkan kepada peniaga yang terlibat selagi mana kerajaan pusat tidak mengeluarkan sebarang pengharaman produk berkenaan. Ketetapan itu diambil menerusi satu kajian terhadap penjualan rokok elektronik berkenaan di negeri itu, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman.

"Terdapat jumlah kecil usahawan muda menceburi bidang perniagaan itu dan kita tidak mahu melemahkan semangat mereka dengan mengenakan larangan. "Kami akan terus memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan tetapi mereka perlu mematuhi sebarang undang-undang baru, termasuk larangan, jika diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya pada Sabtu. "Oleh itu, kita tidak keberatan menghulurkan tangan bagi membantu sehingga undang-undang mengenai produk itu berubah," katanya.

"Jangan Halang Laluan VVIP !!! Anda boleh Dikenakan Hukuman Undang-Undang"-Ketua Polis Negara.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak yang ingkar terhadap arahan polis pengiring, termasuk enggan memberi laluan kepada VVIP, boleh dikenakan undang-undang. Katanya, mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana menghalang tugas penjawat awam selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan. "Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya sebagaimana memetik laporan Bernama.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas tentang posting Facebook viral mengenai polis pengiring yang tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini. Khalid juga turut meminta beberapa portal berita yang memainkan isu berkenaan supaya berhenti berbuat demikian. "Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat supaya ingkar undang-undang," katanya.-BeruangKiut-

Cara Tradisional Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Untuk Mengurangkan Suhu Badan yang Tinggi Andainya Anda Demam. Anda Pasti Tak Percaya Ramuan2nya.Rupa2nya senang je...


Post kali ini saya ingin berkongsi sikit cara untuk menyembuhkan dan mengurangkan demam. Maklumlah sekarang ni musim demam. Tambahan pula cuasa kadang2 panas, kadang2 sejuk. So, orang tua2 kata, "sediakan payung sebelum hujan". Kadang2 ramai yang cakap pepatah dulu2 xleh pakai. Tapi ianya ada betulnya. Kalau kita x dengar cakap orang tua,kita nak dengar cakap siapa lagi kan??hehe..Diorang lebih makan garam dulu dari kita.(^_^)

Oklah, xmau ngomel2 panjang lagi, ini cara semulajadi untuk anda mengubati demam andai kata anda mengidap nya. Anda semua boleh cuba.

1. Basil dan Neem.

Ramuan basil dan neem membantu untuk mengurangkan suhu badan dan menyembuhkan demam ringan. Cara menyediakannya sangat senang. Anda hanya perlu merebus 5-6 helai daun basil bersama 3-4 helai daun neem. Biarkan ia mendidih selama 10 hingga 15 minit. Toskan dan minum. Anda perlu minum campuran ini sebanyak 2 atau 3 kali dalam sehari.


2. Bawang Putih dan Minyak Zaitun.

Minyak bawang putih mengandungi ciri-ciri penyembuhan ajaib untuk badan. Campurannya bersama minyak zaitun dapat membantu untuk menurunkan suhu yang tinggi dalam badan. Ubat semulajadi ini berkesan untuk merawat selesema(Flu) dan juga demam. Caranya juga senang. Anda perlu campurkan 1 sudu minyak bawang putih dengan 1 sudu minyak zaitun. Kemudian sapukan campuran tersebut pada tapak kaki anda. Urut dengan betul dan tutupkan dengan kain suam.


3. Epal dan Jus Kismis

Rawatan ini membantu untuk menurunkan suhu badan dan dengan itu,demam anda akan sembuh. Ia juga senang untuk disediakan. Anda hanya perlu masakkan beberapa biji kismis di dalam air selama lebih kurang 20 minit. Kemudian, anda perlu tapiskan air berkenaan dan tambahkan 2 sudu jus epal. Anda perlu minum airnya 3 kali sehari. InsyaAllah ia akan sembuh.

Ketiga-tiga Ramuan Semulajadi ini sangat2 membantu dan saya sendiri telah mencubanya. Bukan nak kata ubat2 klinik x elok. Kita cuma ikhtiar cara tradisional dan ia juga selamat. Semoga Anda berjaya dan diharap ianya dapat dikongsi kepada yang memerlukan.
-BeruangDiRimba-

19 Disember 2015

Ahmad Idham Buka Sekolah Pendidikan Khas


Pelakon dan penerbit filem, Ahmad Idham, 44, memilih untuk membuka sebuah sekolah khas yang menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre itu akan dibuka awal Januari tahun depan. Menurut Ahmad Idham, dia memilih untuk membuka sekolah khas itu kerana cahaya mata sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, merupakan anak istimewa.

“Sebelum ini, saya dan isteri tempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura. Selama dua tahun di sana, nampak perkembangan baik dan sihat dengan sistem pembelajaran dan terapi yang disediakan. “Perkembangan sihat itu telah memberi Firdaus berjalan dan bertutur dengan baik dan boleh difahami walaupun agak perlahan. “Dari situlah tercetus idea membuka sekolah khas ini. Lagipun, isteri sudah ada pengalaman 14 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.

“Sekolah ini khusus untuk mempersiapkan diri kanak-kanak OKU menempuh dunia luar di samping beri harapan mereka juga mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain. “Kita sediakan sistem pembelajaran dan terapi yang betul. Adalah menjadi impian saya dan isteri untuk melaksana sistem pembelajaran dan terapi buat kanak-kanak OKU ini dan saya juga berharap usaha ini mendapat sokongan kerajaan,” kata Idham kepada Mangga Online. Sekolah khas yang terletak di Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Selangor itu dibuka buat kanak-kanak istimewa berusia antara empat hingga 20 tahun.

Selain Firdaus, Idham dan isteri, Amy Aziz, 39, mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Aydeel, 11, Kintan Myra,9 dan Ahmad Khaliff, 5. Difahamkan, anak sulungnya itu mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.-BeruangDiRimba-


Sumber dari MyNewsHub

PANAS!!! Ida Nerina Bengang dan Sesuatu yang Kasar Telah Diungkapkan dari Mulut Pelakon Tersebut. Ianya semua berkaitan tentang Pelarian Syria. Betul atau Tidak, Korang Kena Baca

beruangkiut.blogspot.my
Tersebar sekeping gambar kononnya 'batch' pertama pelarian Syria yang terdiri daripada ibu tunggal, janda muda dan gadis yang sedia untuk dinikahi sudah sampai di Malaysia.

Info daripada gambar tersebut tidak dapat dipastikan akan kesahihahnya, adakah betul atau sengaja ditimbulkan, tetapi yang pasti dengan pergolakan yang berlaku di Syaria memang ramai penduduknya melarikan diri daripada negara tersebut dan kebanyakkannya menuju ke Eropah. Status yang dianggap sebagau gurauan yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook tentang gadis Syria ini telah perhatian ramai netizen.


beruangkiut.blogspot.my
Namun, status dan gambar berkenaan turut mendapat perhatian pelakon Ida Nerina di mana beliau menyifatkan posting berkenaan melampau kerana seolah-olah mempermainkan nasib pelarian-pelarian Syria berkenaan.

beruangkiut.blogspot.my
Mungkin apa yang dikesalkan oleh Ida Nerina berkenaan ialah lawak yang keterlaluan seolah-olah mempermainkan pelarian-pelarian berkenaan. Apapun, berdasarkan komen lelaki berkenaan, katanya "Atas nilaian masing2..sapa baca status tu cara baik..maka tafsiran dia baik..tapi jika sapa hati busuk baca status tu cara hati busuk..maka tafsiran dia akan jadi busuk sebusuknya... sebagai contoh..BAGI SALAM... ASSALAMUALAIKUM... BANYAK CARA BANYAK NADA BANYAK RUPA MUKA ORANG YG MENGUCAPKAN SALAM TU... JIKA ORANG YG BG SALAM TU MUKA MANIS SENYUM..MAKA TAFSIRAN DIA BAIK..JIKA ORANG YG BG SALAM TU MUKA MACM TAIK.MASAM..TAK BERADAP..BURUK LA DIA..TAPI HAKIKAT TETAP SAMA BG SALAM..BUNYI PON SAMA ASSALAMUALAIKUM.....SAMA LA STATUS DIATAS... FIKIRKAN YG BAIK.SEBAB SAYA BUAT STATUS TU TAKDE NIAT NAK HINA SESAMA ISLAM..." -BeruangDiRimba-

KESIHATAN: Punca Jerawat Boleh Muncul. Anda Pasti Terkejut Bila Dapat tahu Puncanya...


Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

1. Membersihkan muka terlalu kerap


Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub

Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh

Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat

Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat . Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.

5-Syampu rambut yang meleleh ke muka

Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab syampu mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut

Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner dan lain-lain terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak

Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak

Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care

Ramai yang kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat.
Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda

KESIHATAN: Khasiat Biji Matahari (Kuaci) Yang Ramai Tidak Tahu. Rupa2nya banyak Khasiat yang terdapat pada Kuaci


Disini saya ingin berkongsi khasiat Biji Bunga Matahari (Kuaci). Kuaci merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji Kuaci tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari

Kelebihan vitamin E :
1. Antioksidan
2. Pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
3. Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome”
4. Memelihara pembekuan darah yang normal
5. Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
6. Mengurangkan tekanan darah
7. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
8. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
9. Meningkatkan pengeluaran air mani
10. Menguatkan dinding kapilari
11. Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
12. Mencegah anemia
13. Mencegah “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh Menjangkiti bayi pramatang
14. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
15. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.