Dalam satu kenyataan balas kepada sebuah portal hiburan, Surianti mendakwa Achey menipu apabila memberitahu yang dia sering bertanya khabar tentang keluarganya (Surianti) selepas kematian Harun pada Mac lalu.
Achey yang merupakan anggota kumpulan Bocey berkata, Surianti telah menyalah tafsir kenyataan awalnya yang diberitahu kepada sebuah portal hiburan tentang keprihatinannya terhadap keluarga arwah Harun.
“Saya memang ada bertanya khabar tentang keluarga arwah Abang Harun tetapi menerusi anak arwah bekas isteri pertamanya, bukan secara terus dengan Kak Su (Surianti).
“Alang-alang bertanyakan khabar, saya tanyakan juga khabar keluarga Kak Su. Dan sesekali saya mengikuti perkembangan Kak Su dan dua anaknya di laman sosial,” jelas Achey kepada Utusan Online.
Achey menambah, dia lebih rapat dengan anak-anak arwah hasil perkahwinan pertama Harun dengan Martinah Ahmad yang dikurniakan empat orang anak. 

Sumber dari Utusan Online