26 November 2015

Abam Bocey sudah ada teman wanita?




Tidak seperti setengah artis lain yang tengah popular, Abam dengan terbuka mengatakan dia kini memang dalam fasa sedang mengenali hati budi seseorang. Ini bermaksud, anggota Bocey ini sudah ada wanita istimewa di dalam hatinya. Jika ada jodoh, apakah wanita itu bakal menjadi suri di hatinya? Menurut berita dari Utusan Online, ini yang dinyatakan:


Enggan mendedahkan siapa wanita bertuah itu, jelas Abam hubungan mereka masih baru. Sebab itu ketika diajukan soal kahwin, Abam macam tidak punya jawapannya yang meyakinkan buat masa sekarang.
Pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan, 27, ini memberitahu, kala ini fokus utama adalah untuk membahagiakan ibunya. Abam juga bernasib baik apabila teman wanitanya ini juga tidak membantah pilihannya untuk tidak terlalu awal bercakap soal perkahwinan. “Memang saya ada mengenali seseorang, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk mendedahkan siapa dia. Hubungan juga masih baru, tunggu sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Apa Ada Dekat Bus Stop di Damansara, baru-baru ini.
Menolak sudah merancang soal perkahwinan dalam waktu terdekat, memang sudah menjadi impian Abam sejak dahulu lagi untuk mendahulukan keperluan keluarganya daripada kemahuan diri.
“Banyak lagi kerja yang perlu saya dahulukan. Waktu ini juga saya sedang berusaha membesarkan rumah yang dimiliki keluarga. Saya juga sudah berjanji untuk menghantar ibu saya ke Mekah dahulu,” katanya jujur.
Percaya mempunyai teman wanita yang memahami dirinya, kata Abam, dia juga tidak menerima bantahan apabila menolak untuk berfikir soal perkahwinan saat ini.
“Saya tahu dia faham, dia juga tidak membantah untuk saya mendahulukan keluarga terlebih dulu ketika ini,” katanya. Lebih menonjol dari dua rakannya dalam kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey, Abam percaya dengan rezeki masing-masing.
Malah katanya, sehingga saat ini juga dia tidak pernah melupakan jasa dua rakannya itu dalam membantu perkembangan kariernya. “Bukan saya seorang sahaja, malah kami masing-masing ada tawaran lain secara perseorangan. Selalunya kami akan berbincang dahulu agar tidak bertembung dengan jadual persembahan kami bersama.
“Setakat ini tiada yang berkecil hati tentang siapa dapat banyak atau siapa sikit tawaran, kerana mereka juga sama seperti saya,” ujarnya.
Sumber dari -Utusan Online-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan