30 November 2015

(Untuk yang sedang bersedih): "Janganlah Bersedih - La Tahzan-


Jangan bersedih...
Sebab rasa sedih akan mengganggumu dengan kenangan masa lalu. Kesedihan akan membuatmu risau dengan segala kemungkinan yang akan datang. Serta akan mensia-siakan kesempatan kamu pada hari ini...

Jangan bersedih...
Kerana rasa sedih akan membuat hati menjadi risau, wajah menjadi muram, semangat semakin padam, dan harapan kian menghilang...

Jangan bersedih...
Sebab kesedihan itu hanya akan membuat kita lemah, kawan bersedih, dan menyenangkan semua yang dengki keatas kita... 

Jangan bersedih...
Kerana rasa sedih itu ibarat kita tidak dapat menerima kenyataan dan kesedihan juga akan membuat kita jauh dari sikap terbukadan juga sikap tidak bersyukur...

Jangan bersedih...
Sebab rasa sedih itu tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi. Tidak pula akan membangkitkan orang yang telah mati. Tidak mampu menolak takdir, serta tidak pula memberikan kebaikan...

Jangan bersedih...
Kerana rasa sedih itu datangnya dari sifat syaitan.. Kesedihan adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berkelanjutan, tekanan yang harus dihadapi, dan kegagalan yang kita hadapi...

Allah SWT berfirman :
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka, apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb-mu lah hendaknya kamu berharap (QS.Al-Insyirah 1-8)

La Tahzan...
Hadapilah semua masalahmu dengan tenang..Ingatlah..Allah Maha Penyayang..Ujian ini menjadi bukti bahwa Allah menyayangimu..Jika kau sabar dan tabah menghadapinya serta berpasrah diri terhadap Nya,maka Allah akan memberikan nikmat yang jauh lebih besar..

Sesungguhnya dibalik kesulitan itu ada kemudahan..Yakinlah terhadap hal itu..
Ingatlah..Allah Maha Pemurah dan Allah Maha Penolong Hambanya..Panjatkanlah doamu dengan tulus hanya kepada Nya.. Ketika musibah datang menimpamu,berdzikirlah kepada Nya, sebutlah nama Nya, mohonlah pertolongan Nya, dan mintalah jalan keluar dari Nya. Angkat kedua tanganmu, buka kedua telapak tanganmu,perbanyaklah memohon kepada Nya dan jangan pernah bosan meminta kepada Nya..Kerana Allah Maha Pemurah..


Berdoalah kamu kepada Ku,nescaya akan Kuperkenankan bagimu (QS.Al Mu’minun : 60)



La Tahzan....
Jangan kau tangisi “seseorang” yang tidak pernah mempedulikanmu..Jangan kau tangisi “seseorang” yang tidak pernah menghargaimu, yang merendahkanmu, yang mengkhianati kepercayaanmu, yang mengingkari janjinya kepadamu, dan menganiaya batinmu.. Jangan kau menyesal dan kecewa diatas semua yang telah terjadi..Ingatlah..Allah Maha Adil..Dialah yang paling bijaksana di seluruh alam semesta..Serahkanlah orang yang telah menzalimi dirimu kepada Nya..Mintalah keadilan darinya, jangan dari “seseorang” itu yang telah berbuat jahat kepadamu..Percayalah pada Nya..Allah tidak tidur..Dia mengetahui semua hal yang terjadi pada hambanya..Dia mengerti apa yang kau rasakan..Dia memahami apa yang menjadi jeritan hatimu..Allah melihat kita,mendengar pembicaraan kita,menolong kita atas musuh kita,memudahkan keinginan kita, dan memberikan jalan keluar atas ganguan ketenteraman hati kita..


Janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah selalu bersama kita (QS.At Taubah : 40)


Jangan pernah ingat apa yang telah terjadi..Yang lalu biarkanlah berlalu..Biarlah hidup ini berjalan dengan apa adanya..Jangan kau hancurkan masa depanmu. Sambutlah hari esok dengan senyuman..Percayalah,di sekelilingmu banyak yang menyayangimu..Yang mencintaimu..Yang memikirkanmu..Jangan kau buang waktumu dengan memikirkan hal-hal yang tidak berguna..Memikirkan “seseorang” yang tidak pantas kau pikirkan..

Dunia ini bagaikan roda yang berputar..Tidak selamanya orang akan selalu mengalami suka, tanpa mengalami duka..Ataupun sebaliknya..Tidak ada kebahagian tanpa adanya kesedihan..Tak ada kesedihan tanpa adanya kebahagiaan..Pasrahkanlah dirimu kepada Nya.. Mohon segala2nya kepadaNya...

“Ya Allah..Jadikanlah diriku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar..Tabahkanlah hatiku,Ya Rabb dalam menghadapi semua cobaan ini..Permudahkanlah hal ini bagiku, berikanlah jalan keluar bagiku dan dengarkanlah permohonanku..Amin Ya Rabbal Alamin..”

"Innallaha Ma'ana Hasbunallahu Wani'mal Wakil"

INGAT LAH KITA BAHAWA HIDUP DI DUNIA INI TIDAK PERCUMA,KITA DI SEDIAKAN SYURGA DAN NERAKA DI AKHIRAT KELAK SECARA TIDAK LANGSUNG SEMASA DI DUNIA YANG TIDAK KEKAL INI KITA MESTI MELAKUKAN PERINTAH ALLAH MELAKUKAN SURUHANNYA DAN MENTAATI NYA AGAR HIDUP KITA DIRAHMATI DAN SENTIASA DITEMPATKN DI SISINY . INSYAALLAH.

29 November 2015

PANAS!! Muhyiddin Rela Dipecat





MUAR, 29 Nov - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau rela dipecat keanggotaannya dalam parti jika benar dirinya telah melakukan kesalahan yang serius.

Anggota Parlimen Pagoh itu bagaimanapun mendakwa apa yang dilakukan dirinya selepas tidak lagi menjawat jawatan timbalan perdana menteri, ia sebenarnya tidak pernah melanggar peraturan dan disiplin parti.

"Kalaulah benar saya dikatakan telah membuat kesalahan besar, apa pun saya reda dipecat...tidak apa. "Apa yang saya lakukan adalah bersuara demi untuk menyatakan apa yang saya rasakan benar. Apa pun diharapkan janganlah buat begitu kepada ahli yang telah berpuluh tahun berkorban untuk parti," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan sokongan terhadapnya yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh, menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan di bahagian itu yang diserahkan wakil mereka, Datuk Samat Aripin. Muhyiddin berkata walau apa pun yang berlaku, beliau tetap merupakan anggota UMNO yang setia kepada parti. "Biarlah dicincang dan dipancung, saya tetap setia pada UMNO," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis penutupan Program Gerak Mesra Zon 20 Kempen Cegah Denggi di Pekan Panchor, Pagoh, Muhyiddin berkata tidak sedetik pun dalam hatinya untuk menghancurkan UMNO walaupun beliau tidak lagi berada dalam kerajaan. Katanya beliau masih tetap bersama mempertahankan parti yang didukungnya lebih 40 tahun lalu. "Janganlah kaitkan saya untuk menghancurkan UMNO kerana apa yang berlaku terhadap saya telah pun saya terima dengan tenang. Saya orang UMNO. Jiwa dan perjuangan saya tetap dalam UMNO," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang turut diperjuangkan beliau kini juga bagi memastikan UMNO tidak tewas pada pilihan raya umum akan datang dan parti itu terus mendapat sokongan besar.


- Sumber dari Bernama -

Vape Off!!! Tiada Lagi Penjualan Vape di Negeri Johor Mulai 1 Januari 2016 - Sultan Johor -

Johor Negeri Pertama Haramkan Vape
JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi. "Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan. "Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu. Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa. "Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya. "Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu. Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan. Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu. "Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang? "Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda. Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Cikgu Cantik!! Akibat tersangat-sangatlah cantik, ramai pelajar rajin datang sekolah

SEOUL – Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.



Tiada Pelajar Sanggup Terlepas Kelas Cikgu Cantik Korea Ini

Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.

Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.

Guru Korea Ini Amat Cantik Hingga Tiada Pelajar Ponteng

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.

Guru Korea Ini Amat Cantik Hingga Tiada Pelajar Ponteng




Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. Kalau BK la, sanggup daftar sekolah balik sebab nak jadi anak murid cikgu 'cantik' ini.




(SUKAN) JDT tidak layak??











KUALA LUMPUR - Felda United membuktikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kebal di Larkin apabila mengejutkan juara Liga Super, Piala AFC dan Piala Sumbangsih itu 2-1 dalam suku akhir kedua Piala Malaysia semalam, sekali gus layak ke separuh akhir menerusi agregat 3-2. Jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-76 meleburkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan dalam 40 perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, kejayaan yang disifatkan pengendali The ­Figh­ters, Irfan Bakti Abu Salim sebagai pencapaian paling membanggakan sepanjang kariernya.
Kemenangan tersebut, sekali gus menemukan Felda dengan juara empat kali, Kedah yang mara selepas menyingkirkan PKNS menerusi agregat 4-2 setelah menang 3-1 di Selayang. Satu lagi separuh akhir akan menemukan dua gergasi bola sepak tempatan, iaitu juara 32 kali, Sela­ngor dan juara bertahan dua tahun berturut-turut, Pahang.
Tumpuan peminat bola sepak tanah air semalam terarah kepada aksi di Larkin, yang menyaksikan Felda langsung tidak gentar berdepan pasukan terbaik Liga Malaysia ketika ini dan beraksi pula di stadium keramat mereka. The Fighters bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti Thiago Fernandes gara-gara bola terkena tangan Hariss Harun.
Kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim memberi harapan kepada penyokong tuan rumah apabila me­nyamakan kedudukan pada minit ke-50, namun gol cantik Zah Rahan yang melambung bola melepasi Farizal Marlias menghancurkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri sejak September 2013.
“Strategi permainan kami menjadi malam ini, yang mana kami menunggu, menunggu dan me­nyerang. Alhamdulillah, kami dapat ke separuh akhir. “Bukan mudah mengalahkan JDT yang merupakan juara Piala AFC. Saya bangga dengan anak-anak buah saya walaupun dalam keadaan keletihan, sama-sama letih. Mereka mempamer semangat juang tinggi,” kata Irfan.
Sumber dari - Utusan -

28 November 2015

VIDEO KELAKAR!!! Lawak dulu2 yang ramai telah lupakan dan ada juga yang xpernah tengok


Lawak jenaka yang BK paling suka. Walaupun BK bukan lahir pada zaman itu. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee memang cukup teliti dan kreatif dalam karya beliau. Pelakon dan pelawak yang beliau perkenalkan pun cukup berbakat. Orang kata bakat semulajadi dan bukan di buat-buat. Karya beliau memang sangat2 terbaik dan semua orang tahu akan karya beliau dan tidak lapuk ditelan zaman.

KELAKAR!!! Video apabila manusia dahaga tahap gaban


Iklan yang menarik dan kelakar. Mungkin BK x pernah rasa dahaga tahap gaban kot. Mungkin kalau BK xtau la jadi apa..haha..

KELAKAR!!!Apa perasaan anda apabila dengan tiba-tiba kaki anda melekat pada laluan yang anda guna??


Prank ini berlaku di Jepun. paling x tahan sekali apabila mangsa dikejar tanpa mengetahui lantai pada laluan itu melekat. Memang mencuit hati. BK kesian dekat mangsa.


Kata2 Semangat yang boleh dijadikan inspirasi




Bisnes: Ringgit rendah berbanding dolar AS


Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan tindakan peniaga yang terus mengalihkan minat mereka terhadap ekonomi dunia terbesar dunia itu selepas optimis mengenai potensi kenaikan kadar faedah pada tahun ini. 

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.2550/2650 berbanding dolar daripada 4.2170/2260 semalam. Seorang peniaga berkata, sentimen pelabur terhadap aset lebih berisiko, turut dijejaskan lagi dengan jualan saham China yang menular ke serata Asia. Katanya, penurunan keuntungan industri turut menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi kedua terbesar dunia itu. "Tindakan penjualan itu hanya menambah sentimen negatif di pasaran tukaran asing," katanya. 

Ringgit juga rendah berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0177/0261 daripada 2.9940/3018 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.4752/4842 daripada 3.4405/4490, sebelumnya. Unit tempatan itu turut susut berbanding pound British kepada 6.4157/4325 daripada 6.3605/3749 semalan dan jatuh berbanding euro kepada 4.5171/5294 daripada 4.4747/4855. - BERNAMA -

Memalukan!! Janda sudah bertunang ditangkap khalwat

ANGGOTA penguatkuasa JAIK menyoal siasat wanita yang juga tunangan orang yang dicekup khalwat dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik di Jalan Teluk Wanjah- Sumber dari BH Online

ALOR SETAR: Seorang wanita yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi ditahan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas didapati berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik di Jalan Teluk Wanjah di sini, awal semalam.

Pasangan itu antara empat individu yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan terhadap lokasi berasingan sekitar bandaraya ini mulai jam 11 malam kelmarin hingga kira-kira 1 pagi semalam. Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan cuba menipu pihak berkuasa kononnya dia belum berkahwin untuk mengelak statusnya diketahui pihak berkuasa sebelum mengakui bertunang buat kali kedua dan mempunyai tiga anak dengan bekas suaminya terdahulu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rosyidi Mahmud, berkata pihaknya menahan pasangan itu selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat mereka dalam sebuah kedai makan di bandar raya di sini. Beliau berkata, sebaik anggotanya tiba di lokasi kejadian, mereka mengetuk pintu sebuah bilik dalam kedai makan berkenaan sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan takut. "Anggota kami kemudian membuat pemeriksaan dalam bilik yang ditutup lampu dan menemui seorang lelaki yang berpakaian lengkap dalam bilik itu. 

Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat. "Wanita itu mengaku mengenali lelaki berkenaan sejak tiga bulan lalu namun mengakui sudah bertunang dengan lelaki lain dan sudah melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinan keduanya. "Namun berdasarkan maklumat awam yang diterima, lelaki itu dikatakan sudah beberapa kali datang ke bilik itu bertemu wanita berkenaan sehingga menimbulkan syak sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri atau mahram," katanya ketika ditemui di sini, semalam. -Sumber dari BH Online-

27 November 2015

Kecewa dan Marah, Emma Maembong nak saman penulis




Inilah berita yang dikhabarkan

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pelakon Emma Maembong, 23, dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis yang membuat laporan mengatakan dia membeli alat ujian kehamilan sehingga menimbulkan salah faham bahawa dia kini hamil sebelum bernikah.

Kata Emma, tindakan terpaksa diambil kerana laporan tersebut membabitkan soal maruahnya dan keluarga, apabila orang ramai percaya bahawa alat ujian kehamilan yang dibelinya itu untuk kegunaan sendiri.“Memang ikutkan ini berkaitan maruah.

Saya memang kecewa. Malah keluarga saya juga marah.“Keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang dalam soal ini memandangkan mereka mahu nama saya dibersihkan, tetapi buat masa sekarang saya serahkan kepada keluarga sahaja.“Membayangkan saya sendiri kenal pihak yang menulis kisah ini memang saya tidak sampai hati,” katanya ketika ditemui pada set penggambaran drama bersiri Tersuka Tanpa Sengaja, di Kuala Lumpur hari ini. Kalau kena pada BK pun, BK marah.

-Sumber dari Utusan Online-
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/emma-maembong-nak-saman-penulis-1.162611#sthash.byvxfj6S.dpuf

(SERONOK!!!) Cuti Panjang Yang Akan Dinikmati Oleh Rakyat Malaysia Pada Tahun 2016

Sumber Gambar dari Says.com

Tinggal sebulan sahaja lagi kita berada dalam tahun 2015 dan akan muncul tahun baru 2016 menanda dunia semakin tua dan umur kita semakin meningkat.

Apa yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Malaysia pastilah cuti yang akan dinikmati, walaupun ada mereka yang tidak dapat bercuti pada tarikh-tarikh yang disebutkan nanti kerana memerlukan komitmen kerja seperti mereka yang bekerja di hospital, media dan pelbagai lagi.

Pada tahun hadapan, rakyat Malaysia akan menikmati sembilan kali cuti panjang yang berjumlah 30 hari tetapi tidak tidak menjejaskan hari bekerja 251 hari. Bagaimanapun, ia tidak mengambil kira bilangan  cuti di peringkat negeri yang berbeza antara satu sama lain.

Penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, dan Sarawak akan mempunyai satu hujung minggu yang lebih panjang. Sementara itu penduduk di Kedah, Sabah, Labuan dan Melaka akan menikmati dua kali hujung minggu lebih panjang.

Sehubungan itu ia dilihat bahawa rakyat Malaysia mempunyai banyak peluang untuk bercuti di hujung minggu yang panjang. Hujung minggu yang panjang dalam tahun 2016 bermula dari Tahun Baru Cina (6-9 Februari) dan termasuk Hari Pekerja (30 April hingga 2 Mei), Hari Raya Haji (10-12 September), Hari Malaysia (16-18 September), Deepavali (29-31 Oktober) dan Krismas (24-26 Disember).

Rakyat Malaysia yang mengambil cuti pada 8 Julai akan mempunyai cuti lima hari sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada 6 Julai dan 7. Apa yang membezakan bilangan cuti hujung minggu yang panjang tahun depan adalah kurang daripada apa yang dinikmatinya pada tahun ini, yang berjumlah 11.

Pencetus Ummah 2015: PU Syed Juara Pencetus Ummah 2015




PU Syed (Juara Pencetus Ummah 2015)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Pencetus Ummah 2015. Program realiti dakwah terbitan Astro Oasis yang menjadi fenomena di Malaysia ini telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Tahniah kepada PU Syed diatas kejayaan beliau menjuarai Program Pencetus Ummah 2015 yang membawa pulang wang sebanyak RM 100,000.00.
 -Beruang Kiut-

(lawakla jugak) Racun Serangga...



Situasi: Seorang ibu kelihatan gelisah menantikan kehadiran doktor... Setelah doktor sampai di hospital tersebut:
Ibu: Doktor, doktor mesti tolong anak saye cepat!! (dengan nada cemas)
Doktor: Bersabar puan.. Em, kenape dgn anak puan?
Ibu: Anak saye termakan semut...

Doktor: Owh.. Itu x mengape kerana belum ade lg pesakit saye yg mati akibat termakan semut..
Ibu: Tp, saye telah masukkan racun serangge ke dalam mulut anak saye utk bunuh semut tu..
Doktor: Er.. (doktor tergamam)

Achey kecewa...


Achey

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pelawak Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 29, terkilan dan kecewa dengan kenyataan balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor, 35, yang menuduhnya sebagai penipu.
Dalam satu kenyataan balas kepada sebuah portal hiburan, Surianti mendakwa Achey menipu apabila memberitahu yang dia sering bertanya khabar tentang keluarganya (Surianti) selepas kematian Harun pada Mac lalu.
Achey yang merupakan anggota kumpulan Bocey berkata, Surianti telah menyalah tafsir kenyataan awalnya yang diberitahu kepada sebuah portal hiburan tentang keprihatinannya terhadap keluarga arwah Harun.
“Saya memang ada bertanya khabar tentang keluarga arwah Abang Harun tetapi menerusi anak arwah bekas isteri pertamanya, bukan secara terus dengan Kak Su (Surianti).
“Alang-alang bertanyakan khabar, saya tanyakan juga khabar keluarga Kak Su. Dan sesekali saya mengikuti perkembangan Kak Su dan dua anaknya di laman sosial,” jelas Achey kepada Utusan Online.
Achey menambah, dia lebih rapat dengan anak-anak arwah hasil perkahwinan pertama Harun dengan Martinah Ahmad yang dikurniakan empat orang anak. 

Sumber dari Utusan Online

26 November 2015

TAHNIAH!!!Maria Farida Kini Bergelar Isteri



Gambar sekitar majlis berlangsung tadi
Bersama kenalan artis
Pelakon jelita Maria Farida kini bergelar Datin. Baru sebentar tadi, dia telah diijabkabul dengan Datuk Rahman. Kisah perkahwinan ini telah dikongsikan di Instagram dengan hashtag #kisahcintamariarahman. 


Antara selebriti yang kelihatan hadir adalah Datin Sri Tiara Jacquelina, Fasha Sandha dan beberapa orang artis lagi. 








Tahniah diucapkan pelakon jelita ini, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. 

Abam Bocey sudah ada teman wanita?




Tidak seperti setengah artis lain yang tengah popular, Abam dengan terbuka mengatakan dia kini memang dalam fasa sedang mengenali hati budi seseorang. Ini bermaksud, anggota Bocey ini sudah ada wanita istimewa di dalam hatinya. Jika ada jodoh, apakah wanita itu bakal menjadi suri di hatinya? Menurut berita dari Utusan Online, ini yang dinyatakan:


Enggan mendedahkan siapa wanita bertuah itu, jelas Abam hubungan mereka masih baru. Sebab itu ketika diajukan soal kahwin, Abam macam tidak punya jawapannya yang meyakinkan buat masa sekarang.
Pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan, 27, ini memberitahu, kala ini fokus utama adalah untuk membahagiakan ibunya. Abam juga bernasib baik apabila teman wanitanya ini juga tidak membantah pilihannya untuk tidak terlalu awal bercakap soal perkahwinan. “Memang saya ada mengenali seseorang, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk mendedahkan siapa dia. Hubungan juga masih baru, tunggu sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Apa Ada Dekat Bus Stop di Damansara, baru-baru ini.
Menolak sudah merancang soal perkahwinan dalam waktu terdekat, memang sudah menjadi impian Abam sejak dahulu lagi untuk mendahulukan keperluan keluarganya daripada kemahuan diri.
“Banyak lagi kerja yang perlu saya dahulukan. Waktu ini juga saya sedang berusaha membesarkan rumah yang dimiliki keluarga. Saya juga sudah berjanji untuk menghantar ibu saya ke Mekah dahulu,” katanya jujur.
Percaya mempunyai teman wanita yang memahami dirinya, kata Abam, dia juga tidak menerima bantahan apabila menolak untuk berfikir soal perkahwinan saat ini.
“Saya tahu dia faham, dia juga tidak membantah untuk saya mendahulukan keluarga terlebih dulu ketika ini,” katanya. Lebih menonjol dari dua rakannya dalam kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey, Abam percaya dengan rezeki masing-masing.
Malah katanya, sehingga saat ini juga dia tidak pernah melupakan jasa dua rakannya itu dalam membantu perkembangan kariernya. “Bukan saya seorang sahaja, malah kami masing-masing ada tawaran lain secara perseorangan. Selalunya kami akan berbincang dahulu agar tidak bertembung dengan jadual persembahan kami bersama.
“Setakat ini tiada yang berkecil hati tentang siapa dapat banyak atau siapa sikit tawaran, kerana mereka juga sama seperti saya,” ujarnya.
Sumber dari -Utusan Online-

25 November 2015

TANDA-TANDA ORANG TERKENA GANGUAN MAKHLUK HALUS ATAU JIN ATAU SIHIR

1.  Berat untuk bersolat.
Gambar hiasan
2.  Susah hendak tidur malam.
3.  Bila bersendirian ada perasaan seperti ada oran sedang memerhati.
4.  Selalu ada perasaan takut dan berdebar-debar bila waktu malam atau ketika sendirian.
5. Cepat marah.
6. Selalu mendengar bunyi benda jatuh dan berjalan di bumbung rumah.
7. Selalu nampak kelibat-kelibat makhluk halus (hantu, jin dan seangkatanya).
8. Rumah tangga kucar-kacir.
9. Selalu terdengar bunyi budak menangis semasa tidur.
10. Selalu mimpi berjumpa budak kecil, ular, binatang buas dan berbisa lain.
11. Bila tidur ada benda menindih sehingga sukar bernafas.
12. Selalu mimpi berada di tempat tinggi.
13. Selalu mimpi berada di kawasan kubur.
14. Selalu mimpi berada di kawasan hutan.
15. Selalu bermimpi jumpa orang tua.
16. Ada kesan lebam atau seperti digigit pada peha terutama pada wanita.
17. Terlingga selalu berdesing sehingga menggangu kita.
18. Selalu sakit kepala yang teruk tetapi bila doktor periksa tak ada apa-apa penyakit.
19. Sakit tetapi penyakit tidak dapat di kesan oleh Doktor.
20. Selalu jumpa benda-benda pelik yang tak masuk dak akal.

Ini adalah sedikit perkongsian apa yang saya tau. Nak kata saya ni arif dalam bidang ni pun x juga. Belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain. 

Selain itu, jika seseorang ada terkena gannguan makhluk halus atau jin atau sihir, bila pasang MP3 Ruqyah mereka akan merasa tidak selesa, rungsing, rimas, marah, ada rasa benda berjalan di badan, dan mengantuk yang kuat. Kalau nak tau selebihnya kenalah bertanya pada yang lebih arif contohnya kepada ustaz dan pakar2 perubatan islam. Wallahua'lam...

Tahniah! !Farid Kamil, Diana Danielle dapat anak perempuan

Gambar dari Instagram Farid Kamil




KUALA LUMPUR: Farid Kamil berkongsi gambar mengenai perkembangan isterinya, Diana Danielle, yang menunggu detik melahirkan anak kedua mereka di laman Instagram sekitar lima hari lalu. Diana Danielle sendiri turut berkongsi gambar yang sama di laman Instagram miliknya. 

Namun selepas itu, khabar mengenai jantina anak yang dilahirkan Diana tidak dikongsi atau diumumkan langsung pasangan suami isteri ini. Usaha bertanyakan berita itu disambut baik Farid Kamil sebentar tadi. "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar.Tambah Farid, isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air dan kedua-dua isteri serta anaknya berada dalam keadaan sihat. 

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan anak sulung mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa Che Mad sudah berusia dua tahun setengah.

Sumber dari -BH Online-