5 November 2016

MISTERI!!! CERITA PULAU DILUPAKAN. ANDA BOLEH PERHATIKAN GAMBAR-GAMBAR YANG DISEDIAKAN. ANDA PASTI MERASAKAN SESUATU...


PULAU HASHIMA – JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau Hashima yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.







Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan sedikit gambaran berkenaan Pulau Hashima yang diceritakan.








Sumber dari - MalaysianReview

Kanak-Kanak 10 Tahun Hilang. Ibu Merayu Viralkan Berita Kehilangan Anaknya Sehingga Anaknya Dijumpai...Sama-Samalah Kita Membantu Supaya Anak Kecil Ini Dijumpai...




Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dilaporkan hilang selepas dia dikatakan tidak pulang ke rumah pada Isnin 31 Oktober lalu.

Menurut ibu mangsa, Siti Rohayu Yaacob, 37 berkata, anaknya, Noor Ayrill Aqasha yang tinggal bersama bekas suaminya di Cheras itu tidak pulang ke rumah.

"Saya hanya tahu berita kehilangan dia semalam selepas dimaklumkan pihak polis susulan laporan polis yang dibuat bekas suami.

"Saya difahamkan, kali terakhir dia dilihat berada di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras pada Isnin lalu," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Berikut adalah kenyataan beliau di Facebook.





Perkembangan terkini..









Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi beliau di talian 018-779 4879 atau balai polis terdekat.

(KEMALANGAN NGERI!!!) Pasangan Dipercayai Suami Isteri Maut, Kereta Dipandu Dihempap Kren Terbalik Cuba Lihat Gambar No 2..Anda Pasti TIdak Percaya..Salam Takziah Kepada Waris Mangsa...



KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas kereta yang dinaiki mereka telah dihempap oleh sebuah 'static kren' yang terbalik, lapor Berita Harian.


Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mereka melalui kawasan Persiaran Astana, Klang di mana sebelahnya merupakan kawasan pembinaan.


Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala.