5 November 2016

MISTERI!!! CERITA PULAU DILUPAKAN. ANDA BOLEH PERHATIKAN GAMBAR-GAMBAR YANG DISEDIAKAN. ANDA PASTI MERASAKAN SESUATU...


PULAU HASHIMA – JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau Hashima yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.







Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan sedikit gambaran berkenaan Pulau Hashima yang diceritakan.








Sumber dari - MalaysianReview

Kanak-Kanak 10 Tahun Hilang. Ibu Merayu Viralkan Berita Kehilangan Anaknya Sehingga Anaknya Dijumpai...Sama-Samalah Kita Membantu Supaya Anak Kecil Ini Dijumpai...




Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dilaporkan hilang selepas dia dikatakan tidak pulang ke rumah pada Isnin 31 Oktober lalu.

Menurut ibu mangsa, Siti Rohayu Yaacob, 37 berkata, anaknya, Noor Ayrill Aqasha yang tinggal bersama bekas suaminya di Cheras itu tidak pulang ke rumah.

"Saya hanya tahu berita kehilangan dia semalam selepas dimaklumkan pihak polis susulan laporan polis yang dibuat bekas suami.

"Saya difahamkan, kali terakhir dia dilihat berada di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras pada Isnin lalu," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Berikut adalah kenyataan beliau di Facebook.





Perkembangan terkini..









Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi beliau di talian 018-779 4879 atau balai polis terdekat.

(KEMALANGAN NGERI!!!) Pasangan Dipercayai Suami Isteri Maut, Kereta Dipandu Dihempap Kren Terbalik Cuba Lihat Gambar No 2..Anda Pasti TIdak Percaya..Salam Takziah Kepada Waris Mangsa...



KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas kereta yang dinaiki mereka telah dihempap oleh sebuah 'static kren' yang terbalik, lapor Berita Harian.


Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mereka melalui kawasan Persiaran Astana, Klang di mana sebelahnya merupakan kawasan pembinaan.


Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala.







26 Oktober 2016

"Tengah Baring Tiba tiba Takde Elektrik, Ingatkan Blackout Biasa Bila Saya Tengok Tepi Rupa Sudah Kecoh Sebab Nampak . . ."Akhirnya Pesakit ini Jujur Mendedahkan Perkara Sebenar Berlaku Yang Membuatkan Ramai Yang Tidak Percaya...!!!



Banyak spekulasi yang tersebar di fb tentang punca sebenar kebakaran hospital buatkan wanita yg berada di tempat kejadian ini menulis cerita sebenar. Dia tgh tunggu saat bersalin di wad bila tiba2 blackout. Ingatkan biasa je tapi rasa pelik bila tiba2...

"Tengah Baring Tiba tiba Takde Elektrik, Ingatkan Blackout Biasa Bila Saya Tengok Tepi Rupa Sudah Kecoh Sebab Nampak . . .", Akhirnya Pesakit Ini B…

25 Oktober 2016

[TERKINI] Peminat Tegar Running Man pasti merindui Beliau...Sesuatu telah terjadi Pada Selebriti yang membintangi Siri Popular Running Man. Memang Tidak Disangka perkara Ini Terjadi Pada Beliau..Gambar Kedua Buat anda yang Meminati beliau Menitiskan Air Mata...Bacalah..Ianya Sangat Menyedihkan...

Pada 25 Oktober, Running Man mengumumkan bahawa salah seorang pelakon asal siri popular itu, Gary, akan meninggalkan Running Man selepas enam tahun berkhidmat dalam siri tersebut.
Menurut laporan, Gary pada awal tahun ini sudah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Running Man kerana ingin fokus kepada karier muziknya.
Biarpun dipujuk oleh staf dan pelakon-pelakon lain, Gary tetap dengan pendiriannya.
"Saya mahu menghabiskan masa lebih banyak untuk muzik, saya mahu belajar lebih tentangnya", kata Gary baru-baru ini.
Running Man menghormati keputusan Gary itu menerimanya dengan rela hati.
"Kami dengan jujur mahu berterima kasih kepada Gary kerana selama enam tahun meletakkan segala-galanya untuk Running Man. Gary mahu fokus kepada kariernya dalam menjadi ahli muzik dan kami mengucapkan yang terbaik untuknya.", kata staf produksi Running Man dalam satu kenyataan.
Gary menjadi salah seorang dari pelakon asal siri tersebut semenjak Julai 2010 lagi dan dia akan menjalani set terakhirnya pada 31 Oktober ini.

TERKINI!!!Kebakaran yang dasyat Telah Berlaku di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah dan Menyebabkan beberapa Orang Terkorban. Punca masih Dikenalpasti. Anda Boleh Perhatikan pada Gambar Tersebut. Anda Pasti tidak Percaya apa Yang Anda Lihat Bila Gambar itu Di Zoom...PERHATIKAN Betul-Betul...


JOHOR BAHRU: Kira-kira jam 9 pagi tadi wad ICU dua tingkat  Hospital Sultanah Aminah telah terbakar dan menyebabkan beberapa orang pesakit terperangkap, lapor Bernama.

Hasil perkembangan menyelamat terkini, dilaporkan 6 orang mayat telah ditemui ketika ini. Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.

Ketua Pengarah HSA, Datuk Dr Noorhisjam Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut akibat kebakaran

"Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.

 "Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini," katanya

Semua pesakit dihospital HSA kini dalam proses pemindahan ke Hospital Sultan Ismail.

GEMPAR!!! Pertunangan di Usia Muda. Memang Tidak Masuk Akal. Mereka Bertunang Di Usia Yang Sangat-Sangat Muda. Ianya Sangat Mengejutkan. Anda Pasti Terkejut Punca Pertunangan ini Berlaku. No.2 Statement yang Pasti Buat Anda Semua Ternganga...WAJIB BACA...


Tindakan seorang bapa yang membenarkan majlis pertunangan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun berlangsung mengundang kemarahan dalam kalangan aktivis di Mesir. Kanak-kanak tersebut, Graham bertunang dengan sepupunya yang berusia 12 tahun, Omar dalam majlis yang serba serbi meriah. Keputusan bapa Omar, Nasser Hassan yang mengumumkan pertunangan itu disifatkan sebagai melanggar undang-undang Mesir yang melarang perkahwinan di bawah umur 18 tahun.

Namun Naser berkata kepada akhbar Al-Watan bahawa tindakannya itu tidak salah kerana pasangan itu hanya melangsungkan majlis pertunangan dan bukan perkahwinan. Majils itu bagaimanapun dilaporkan kepada agensi kerajaan, Pusat Kebangsaan Ibu dan Anak oleh Pengarah Pusat Bantuan Perundangan dan Kaunseling Wanita, Reda Eldanbouki yang turut sama menggesa agar peguam negara menyiasat insiden tersebut.

"Tindakan sedemikian akan menggalakkan perkahwinan di awal usia, sekali gus menghalang kanak-kanak perempuan berkenaan untuk mendapat peluang yang adil dalam pendidikan dan terasing daripada lingkungan rakan sosial sebayanya," katanya.

Tetapi bapa Omar menolak kritikan tersebut dengan berkata dia merupakan lelaki bebas dan tidak melakukan sebarang kesalahan. "Omar mencintai Gharam dan mahu menikahi sepupunya itu apabila mereka sudah dewasa sebelum orang lain mengambil peluang tersebut.

"Mereka hanya akan melangsungkan perkahwinan apabila mencapai usia yang dibenarkan mengikut undang-undang," katanya. 

"Kakak Dah Dapat Gelaran Datin, Apa Lagi Yg Kakak Nak Sampai sanggup Fitnah Saya Adik Kakak Sendiri? Semuanya Berubah Sejak Ibu Kita Pergi, Amira Dan Aqila Tu Pon Kakak Yang Memaksa Untuk Jaga Mereka, Ini Bukti Duit Saya Masukkan Tiap Bulan!", Kantoi! akhirnya Dalang Sebenar Adalah Bukan Faizz Nur Rupanya Kakaknya Sendiri ! Kenapa JAdi Macam Ni? Sebab Tamak?




"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

Selain itu beliau mendakwa mereka memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan telah tampil memberikan pencerahan mengenai kenyataan yang dimanipulasi berkenaan.

Berikut adalah kenyataan penuh pihak Mufti.

KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.

3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini. 

4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.

5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib. Wallahua'lam.

Akhukum fillah, 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Berikutan dakwaan itu, Faizz Nur dalam satu kenyataan Facebooknya itu telah tampil memberikan kenyataan di mana menurut beliau ia adalah satu kenyataan fitnah dan akan membawa perkara ini ke mahkamah.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan juga rakyat malaysia. Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.

Walaubagaimanapun,saya membuat keputusan untuk membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan dan bertindak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di media massa kerana saya dinasihati oleh peguam untuk menghormati prosiding prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
Justeru itu saya mohon untuk rakyat malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan.

Kes fitnah ini akan dibawa ke mahkamah kerana mahkamah merupakan satu platform yang akan memberikan keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih. Media sosial bukanlah medium terbaik untk merungkai permasalahan ini dan kita serahkan badan kehakiman yang dihormati untuk menilai kes ini secara tulus.

31 Ogos 2016

Petrol RON95, RON97 Turun 5 Sen Bermula 1 September 2016


http://beruangkiut.blogspot.my


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Bermula tengah malam ini, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 akan turun sebanyak 5 sen

BH Online melaporkan, harga terbaru bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala bagi RON97 adalah RM2.05.

Bagi diesel pula kekal pada harga RM1.70 seliter.


Sumber : BH Online